Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi

Abdul Hadi (tengah) ditemani Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi (kiri) dan Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman (kanan) ketika memberi ucapan di Program Iftar Yayasan Permata Ummah di Bizmilla Event Hall, di sini pada Sabtu.

A
A
A

PUTRAJAYA - Perpecahan umat Islam di Malaysia pada masa sekarang didakwa berpunca daripada dasar zaman penjajahan British suatu ketika dahulu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini.

"Mereka (kaum bukan Islam) bersatu. Kesan kepada pemikiran penjajah yang telah memecahbelahkan dan menjatuhkan umat Islam.

"Hanya dengan kembali kepada ajaran Islam sebenar berlandaskan al-Quran yang boleh menyatukan umat Islam dengat kiblat, kitab dan rukun sama," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika Program Iftar Yayasan Permata Ummah di Bizmilla Event Hall, di sini.

Hadir sama Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi; Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman dan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Abdul Hadi turut mengingatkan umat Islam perlu menjadikan bulan Ramadan bagi menghidupkan jati diri masing-masing.

"Kita seharusnya kembali semula kepada cahaya petunjuk kerana kemuliaan umat Islam terletak pada pegangan masing-masing," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!