Sanggup bahayakan nyawa demi selamatkan kucing

Seorang pengguna media sosial X, @JulesJulietta memuat naik rakaman yang memaparkan seorang wanita berlari keluar daripada kenderaan demi menyelamatkan seekor anak kucing. Foto Tangkap layar @JulesJulietta
Seorang pengguna media sosial X, @JulesJulietta memuat naik rakaman yang memaparkan seorang wanita berlari keluar daripada kenderaan demi menyelamatkan seekor anak kucing. Foto Tangkap layar @JulesJulietta
A
A
A

SHAH ALAM - Sudah menjadi lumrah bagi pencinta kucing, mereka sanggup berkorban untuk melakukan apa sahaja demi si comel itu.

Baru-baru ini, tular satu rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) di laman sosial X yang memaparkan seorang wanita berlari keluar kereta untuk menyelamatkan anak kucing yang berada di tengah jalan raya di ibu kota, Kuala Lumpur.

Video berdurasi 15 saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun @JulesJulietta yang menyatakan bahawa pada mulanya dia tidak mengetahui keberadaan anak kucing itu di tengah jalan raya.

“Semalam, saya serius tak perasan. Hanya selepas melihat ini (dashcam belakang kereta) baru nampak (anak kucing). Nasib baik saya tak langgar.

“Diselamatkan. Sipi lagi nak kena tayar Mazda. Saya harap kucing itu berada dalam keadaan baik. Hormat kepada wanita dan lelaki (mereka yang menyelamatkan kucing). Maaf termarah dalam hati tapi agak bahaya, kau main berhenti tengah jalan,” katanya pada Jumaat.

Menerusi rakaman berkenaan, wanita dan seorang lelaki memberhentikan pacuan empat roda yang dipandu mereka di tengah jalan dan bertindak untuk keluar dari kenderaan demi menyelamatkan si comel.

Wanita berkenaan dilihat sanggup membahayakan diri menuju ke arah kereta yang dipandu perlahan lalu mengarahkan kenderaan itu berhenti kerana nyaris melanggar kucing berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen hantaran berkenaan, Sinar Harian mendapati ada pengguna media sosial yang bersetuju terhadap tindakan pantas wanita berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Menurut pemilik akaun @Pistachioby1, dia mengucapkan terima kasih kepada wanita terbabit kerana sanggup menyelamatkan kucing itu.

“Terima kasih kepada wanita itu sebab selamatkan anak kucing. Semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH SWT!” tulisnya.

Sementara itu, ada juga yang beranggapan bahawa tindakan itu boleh boleh membahayakan diri dan orang lain.

“Kereta Persona tu tak sepatutnya berhenti di situ. Membahayakan nyawa diri sendiri dan orang lain,” kata @Termiziisa.

-

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!