Kanak-kanak lelaki maut dikelar ibu kandung

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun enam bulan maut dikelar ibu kandungnya dalam kejadian di sebuah kawasan perumahan di Pasir Gudang, pada Sabtu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M. Kumar berkata, maklumat berhubung kejadian itu diterima pihak polis sekitar jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan awal mendapati, ibu mangsa yang berusia 32 tahun telah menghantar gambar mangsa yang berlumuran darah pada leher melalui aplikasi WhatApps kepada suaminya.

“Susulan itu, polis telah melakukan tangkapan ke atas ibu kandung mangsa untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan pada malam Sabtu.

Kumar memberitahu, sebilah pisau yang dipercayai digunakan untuk mengelar mangsa dirampas di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat. setakat ini motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Permohonan reman terhadap suspek akan dilakukan pada pagi Ahad," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!