Remaja perempuan hilang dari rumah sejak 5 Mac

Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Nurul Aina (foto kanan) yang dilaporkan hilang.
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Nurul Aina (foto kanan) yang dilaporkan hilang.
A
A
A

KULAI - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pelajar sebuah madrasah di Saleng yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kuarters Hospital Temenggung Seri Maharaja di sini, sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tan Seng Lee berkata, kali terakhir Nurul Aina Najwa Abdul Fatah,16, dilihat di rumahnya pada jam 12.30 pagi, 5 Mac lalu.

Katanya, laporan kehilangan remaja itu kemudiannya dibuat keluarga di Balai Polis Kulai pada hari yang sama.

"Nurul Aina merupakan anak sulung dan mempunyai dua adik tiri yang tinggal bersama ayah dan ibu tirinya. Ayahnya berusia lingkungan 30an bekerja sebagai pemandu ambulans manakala ibu tirinya merupakan guru tuisyen.

"Difahamkan lebih kepada isu enggan pergi ke sekolah kerana sesi persekolahan baharu hendak bermula ketika itu.

"Nurul Aina, baharu dua tahun bersekolah di Saleng. Sebelum ini, dia bersekolah di Labis, Segamat dan tinggal bersama datuk dan neneknya," katanya dalam kenyataan pada malam Sabtu.

Menurut Seng Lee, ibu tiri remaja terbabit yang berusia 33 tahun sudah dirakam percakapan berhubung kehilangan Nurul Aina.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai remaja itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Teo Feng Shun dengan menelefon 018-3774339 atau Balai Polis Kulai di talian 07-6632222," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!