Lelaki ceroboh rumah, sempat curi makan, basuh baju

Gambar penceroboh terbabit berjaya dirakam oleh CCTV berhampiran lokasi kejadian. - Foto Nine
Gambar penceroboh terbabit berjaya dirakam oleh CCTV berhampiran lokasi kejadian. - Foto Nine
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA.Pihak berkuasa Australia kini menjejak seorang lelaki yang menceroboh masuk sebuah rumah dan dengan selamba mencuri makan dan membasuh pakaian.

Kes pecah masuk yang 'pelik' terbabit, berlaku di Laverton, barat daya Melbourne pada sekitar jam 11 pagi waktu tempatan, Jumaat lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari Jalan Robertson berjaya merakam gambar penceroboh terbabit yang berambut perang, memakai baju biru, seluar warna gelap, berkaca mata hitam dan berkaki ayam.

Suspek kemudian dirakam memanjat pagar sebelum memecah masuk ke dalam rumah milik Steve Freeman, 55, melalui laman belakang.

Menurut Freeman, penceroboh terbabit sempat mengalas perut sambil menunggu pakaiannya siap dicuci, malah dia turut mengambil kesempatan memotong kuku dalam bilik air.

"Tetamu tidak diundang itu berhasrat mahu mandi apabila dia menyedari kepulangan saya,"kata pemandu trak terbabit sambil menambah penceroboh berkenaan sempat mengambil set pembesar suara sebelum melarikan diri.

Freeman percaya penceroboh itu merupakan gelandangan yang cuba mencari perlindungan dari cuaca panas Melbourne yang mencecah 42 darjah celcius pada hari tersebut.- Dailymail

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!