Warga asing mabuk lemas di tasik
SHAH ALAM - Seorang warga asing dipercayai mabuk sebelum lemas di Tasik Kota Kemuning, Seksyen 31 di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima makluman daripada orang awam memaklumkan berkaitan seorang lelaki dipercayai lemas kira-kira jam 12.25 pagi.
"Usaha mencari dan menyelamat mangsa kemudiannya dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dari Balai Bomba Seksyen 15.
"Mangsa kemudiannya ditemui kira-kira jam 8.20 pagi dalam jarak lima meter dari tempat kejadian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai warga asing berdasarkan kerana tidak mempunyai suntikan BCG di bahu.
"Mangsa dipercayai di bawah pengaruh alkohol kerana terdapat beberapa botol arak telah ditemui di tempat kejadian.
"Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat," katanya.
Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!