Christie juara Seluruh England
PEMAIN perseorangan lelaki Indonesia, Jonatan Christie muncul juara Kejuaraan Badminton Seluruh England di Utilita Arena Birmingham pada Ahad.
Christie muncul juara selepas menewaskan Anthony Sinisuka Ginting berstatus nombor lima dunia straight set 21-15, 21-14 dalam aksi 55 minit.
Biarpun rekod pertemuan kedua-dua pemain sebelum ini milik Ginting yang menang tiga dari lima pertemuan terakhir berbanding Christie berstatus nombor sembilan dunia.
Namun Christie menampilkan persembahan penuh bertenaga dalam Kejuaraan Siri Jelajah Dunia (BWF) Super 1000 tersebut menafikan keupayaan milik lawan.
Pencapaian Christie itu juga mengulangi pencapaian Hariyanto Arbi merupakan pemain Indonesia terakhir memenangi gelaran perseorangan pada edisi 1994 selepas menewaskan Ardy Wiranata, 15-12, 17-14 dalam perlawanan akhir.
INFO
Terbuka Hong Kong 2018
Ginting 0-2 Christie
Terbuka Australia 2019
Ginting 1-2 Christie
Terbuka Hong Kong 2019
Ginting 2-1 Christie
Jelajah Dunia Akhir 2022
Ginting 2-1 Christie
Terbuka Indonesia 2023
Ginting 2-0 Christie
TRAVIA
Indonesia adalah negara pertama yang melahirkan dua pemain perseorangan lelaki – Jonatan Christie dan Anthony Sinisuka Ginting – yang menang di Kejuaraan Siri Jelajah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) Super 1,000, 750, 500 dan 300.
Denmark (Viktor Axelsen), Jepun (Kento Momota) dan China (Shi Yu Qi) masing-masing mempunyai satu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!