Kuih getas masih dicari pelanggan

Suriyani menunjukkan kuih getas yang dijual di bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.
Suriyani menunjukkan kuih getas yang dijual di bazar Ramadan Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Arus pemodenan langsung tidak menjejas cita rasa ramai terhadap kuih-muih tradisional unik untuk dijadikan juadah berbuka ketika Ramadan.

Pemilik gerai kuih-muih di bazar Ramadan Jalan Raja Alang di sini, Suriyani Sulong, 52, berkata, kuih tradisional yang unik ini masih terus dicari pelanggan.

Ini termasuk kuih getas dan ada juga yang memanggilnya dengan nama getas-getas atau gegetas dan kuih tradisional ini sangat unik kerana rasanya yang lemak manis.

"Kuih-muih tradisional masih terus diburu pelanggan, walaupun jenis kuih-muih moden kian pelbagai, kuih lama nampaknya masih tetap mendapat perhatian,'' katanya.

Jelas Suriyani, kuih getas dijualnya di gerainya setiap kali tibanya Ramadan sejak 2007 dan walaupun ia hanya kuih tradisional, sambutan diterima masih menggalakkan.

Kuih getas
Kuih getas

"Ini mungkin kerana rasa kuih getas ini enak tambah pula kuih ini dan kebanyakan kuih tradisional lain yang dijual adalah pada hari yang sama ia dihasilkan," ujarnya.

Ujarnya lagi, pada masa ini hanya seorang pembuat kuih getas yang setia menghantar kuih tradisional itu ke gerainya yang dijual di gerainya dengan harga 60 sebiji.

Artikel Berkaitan:

"Golongan agak berusia biasanya mencari kuih ini namun orang muda ada yang berminat kerana mungkin kuih ini biasa dinikmati dalam keluarga mereka," ujarnya.

Beliau menambah, cara penyediaan kuih tersebut juga agak mudah berbanding kuih tradisional yang lain dan bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah rumit.

"Rasanya yang lembut dan kenyal itu menjadikan ia amat diminati dan biasanya dijadikan hidangan minum petang, ketika Ramadan pula sebagai juadah berbuka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!