APMM tahan kapal kargo berlabuh tanpa kebenaran

Kapal yang berdaftar di Belanda ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran.
Kapal yang berdaftar di Belanda ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran.
A
A
A

GEORGETOWN- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Pulau Pinang menahan sebuah kapal kargo di Perairan Pulau Pinang selepas didapati berlabuh tanpa kebenaran.

Kapal kargo ANET sepanjang 143 meter yang berdaftar di Belanda itu ditahan pada kedudukan 22.2 batu nautika Barat Daya Pulau Kendi, jam 12.30 tengah hari semalam.

Pengarah APMM Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan Harun berkata, kapal tersebut dikendalikan 12 kru termasuk seorang nakhoda dengan tiga daripada mereka warga Belanda, enam Filipina, dua Ukraine dan seorang warga Rusia.

"Kesemua yang ditahan berusia lingkungan 20 sehingga 57 tahun," katanya menerusi satu kenyataan di sini.

No Image Caption

Hamizan berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 491B(1)(I) Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Beliau menegaskan APMM Pulau Pinang akan terus mempergiatkan pemantauan dan rondaan di sekitar perairan negeri ini serta tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara.

Orang awam diminta agar bekerjasama dalam melaporkan sebarang kejadian menyalahi undang-undang, kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam iaitu MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146/04-2643650.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!