Cloud KBS digodam, Hannah sahkan tiada ketirisan data

Hannah. Foto Bernama
Hannah. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengakui aplikasi Cloud agensi berkenaan telah digodam Sabtu lepas (16 Mac) namun mengesahkan tiada sebarang kebocoran data peribadi susulan ancaman tersebut.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, pihaknya telah melaporkan perkara berkenaan kepada Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan dan Keselamatan Siber Malaysia sebaik kejadian itu berlaku.

"KBS telah mengambil tindakan segera dan buat masa ini keadaan terkawal melalui beberapa intervensi teknikal.

Hannah (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pengumuman Laluan Petronas Le Tour de Langkawi di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Isnin. Foto Bernama
Hannah (tengah) menyempurnakan Majlis Pelancaran dan Pengumuman Laluan Petronas Le Tour de Langkawi di Majlis Sukan Negara (MSN) pada Isnin. Foto Bernama

"Fail yang digodam hanya beberapa fail pentadbiran sahaja...tidak melibatkan parti-parti lain ataupun informasi peribadi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Le Tour de Langkawi 2024 di Majlis Sukan Negara di sini pada Isnin.

Sebelum ini tular hantaran di platform Telegram oleh kumpulan dikenali sebagai R00TK1T yang mendakwa telah berjaya mengodam data aplikasi Cloud KBS. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!