Kes VLN: Peguam Zahid minta tangguh perbicaraan
18 Mac 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 18 Mac 2024
Peguam utama Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik memohon perbicaraan yang dijadualkan hari ini ditangguhkan kerana mereka telah menghantar representasi kedua kepada Jabatan Peguam Negara pada 7 Februari.
Representasi pertama dihantar pada Januari tahun lalu.
Menurut seorang lagi peguam bela, Hamidi Mohd Noh, mereka memohon penangguhan kerana baru sahaja menerima hujahan rayuan bertulis pihak pendakwaan pada Khamis minggu lalu.
Katanya pasukan pembelaan memerlukan lebih masa untuk meneliti hujahan bertulis yang banyak oleh pihak pendakwa.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #ZahidHamidi #KesVLN #Mahkamah