Anak Ramadan, Caprice timang anak sulung
PENYANYI rap dan aktivis kemanusiaan, Caprice selamat menimang cahaya mata sulungnya pada Ahad.
Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 36, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram miliknya berserta video pendek memaparkan dia sedang mengendong bayinya.
“17 Mac, alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia," tulisnya ringkas.
Caprice bagaimanapun tidak berkongsi butiran lanjut mengenai jantina anak pertamanya itu kepada umum.
Perkongsian itu dibanjiri ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga peminatnya.
Caprice pada ruangan komen turut mengucapkan terima kasih di atas setiap ucapan dan doa yang dikirimkan.
“Terima kasih untuk semua doa dan ucapan tahniah, saya baru sempat untuk membacanya serta memberi makna besar dalam hidup kami," balasnya.
Terdahulu, Caprice mengumumkan isterinya, Farra Inalis sedang hamil lima bulan pada September tahun lalu.
Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra yang merupakan seorang ibu tunggal pada November 2022.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!