'Saya minta maaf kepada pengguna air di Kelantan'

Dr Izani (depan, tengah) bergambar bersama kontraktor selepas Majlis Perasmian Cabutan Kerja Undi JKR, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan Bil 1/2024 di Kota Bharu pada Isnin.
Dr Izani (depan, tengah) bergambar bersama kontraktor selepas Majlis Perasmian Cabutan Kerja Undi JKR, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan Bil 1/2024 di Kota Bharu pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin memohon maaf kepada pengguna air di beberapa kawasan di Kelantan kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan air bersih.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan mengadakan program bersama Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) untuk melihat kawasan yang terkesan teruk bagi membolehkan tindakan segera dilakukan termasuk penghantaran lori tangki air.

Dr Izani memberitahu, penggantian paip lama dan pembinaan loji rawatan mengambil masa agak lama untuk disiapkan dan banyak dalam proses disiapkan.

"Saya mohon maaf kerana masih ada yang tidak sempat diselenggara dan siap sepenuhnya. Kita tidak menyalahkan sesiapa kerana pengurusan sebelum ini juga sudah melakukan yang terbaik," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Cabutan Kerja Undi JKR, Cawangan Kejuruteraan Elektrik Negeri Kelantan Bil 1/2024 pada Isnin.

Dr Izani turut memberitahu, infrastruktur air dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2028 dan kini banyak lagi loji dalam pembinaan sebelum rakyat menikmati sumber air yang lebih baik.

Justeru, beliau mencadangkan pengguna yang terkesan dengan sumber air terutama ketika musim kemarau dan perayaan menyimpan air di dalam tangki untuk digunakan ketika kecemasan.

Dalam pada itu, beliau berharap pembinaan kemudahan bekalan air melalui Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air Negeri Kelantan atau migrasi air antara Kerajaan Persekutuan dan Kelantan dapat dipercepatkan.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh itu, insya-ALLAH kita akan hantar lori dan menaik taraf loji supaya jumlah air meningkat untuk keperluan cuma mengambil masa," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

@sinarharianonline

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr Izani Husin memohon maaf kepada pengguna air di beberapa kawasan di Kelantan kerana terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan air bersih #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Edisi #Kelantan #Air #Maaf

Spongebob Closing Theme Song Music - Ocean Floor Orchestra

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!