Kementerian Kesihatan Gaza gesa PBB hentikan genosid di Hospital Al-Shifa

Serangan udara Israel di tengah bandar Semenanjung Gaza, Deir el-Balah pada Ahad. Foto Xinhua
Serangan udara Israel di tengah bandar Semenanjung Gaza, Deir el-Balah pada Ahad. Foto Xinhua
A
A
A

BANDARAYA GAZA - Kementerian Kesihatan Gaza menggesa Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) dan lain-lain institusi antarabangsa supaya menghentikan operasi ketenteraan Israel di kawasan Hospital Al-Shifa yang mengorbankan pesakit, pelarian dan petugas perubatan.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, kebakaran berlaku di pintu masuk, yang terdapat wanita dan kanak-kanak yang berlindung di hospital menerima kesan daripada asap kebakaran itu, lapor Agensi Anadolu (AA).

Ia berkata, talian komunikasi diputuskan dan sebahagian besar pelarian terkandas di dalam bilik bedah dan jabatan kecemasan.

Ramai warga Palestin yang terkorban dan cedera, katanya sambil menambah mereka yang cedera tidak dapat diselamatkan kerana api tidak dapat dipadamkan dan sesiapa yang menghampiri tingkap menjadi sasaran.

Menurut jurucakap tentera Israel Daniel Hagari, pasukan tentera rejim itu sedang melakukan "operasi tepat'’ dalam kawasan hospital.

Tentera Israel telah menyerang Gaza sejak Oktober lepas, membunuh lebih 31,600 warga Palestin dan mengakibatkan penduduk wilayah itu kebuluran. Ia telah menjadikan enklaf itu kepada runtuhan dan mengakibatkan ramai kehilangan tempat tinggal dan menghadapi pertuduhan melakukan genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.

Pada Januari satu perintah interim dikeluarkan dan mengarahkan Tel Aviv supaya menghentikan genosid dan mengambil langkah untuk menjamin bantuan kemanusian dihantar kepada orang awam di Gaza. - Bernama

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!