Helikopter terhempas: Pencarian kotak hitam masih diteruskan

Hamid (kiri) ketika meninjau pelaksanaan Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk pada Isnin.
Hamid (kiri) ketika meninjau pelaksanaan Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk pada Isnin.
A
A
A

KLANG - Pencarian kotak hitam helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang terhempas di perairan Pulau Angsa, 5 Mac lalu masih diteruskan sehingga kini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, usaha pencarian kotak hitam berkenaan dijalankan sebagai usaha mengenal pasti berkaitan insiden berkenaan.

"Setakat ini siasatan berkaitan insiden pendaratan cemas helikopter terbabit masih dijalankan.

"Punca belum lagi dikenal pasti, pencarian kotak hitam masih dijalankan, bila dah siap segala laporan kita akan kongsikan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk, pada Isnin.

Hamid (tengah) ketika sidang akhbar sempena Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk pada Isnin.
Hamid (tengah) ketika sidang akhbar sempena Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk pada Isnin.

Katanya, empat anggota dan pegawai yang terlibat dalam insiden berkenaan telah memulakan tugas.

"Empat mangsa termasuk juruterbangnya telah memulakan tugas seperti biasa minggu lalu," katanya.

Artikel Berkaitan:

5 Mac lalu, sebuah helikopter milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terpaksa melakukan pendaratan cemas dalam kejadian di perairan Pulau Angsa dekat sini.

Kejadian melibatkan helikopter dengan pendaftaran M72-01 itu berlaku kira-kira jam 9.55 pagi.

Helikopter berkenaan dinaiki empat anggota dan pegawai Maritim Malaysia sedang melakukan latihan menyelamat sebelum melakukan pendaratan cemas ketika kejadian.

Kesemua kru yang terlibat dalam kejadian dilaporkan selamat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!