Maritim Malaysia lancar Op Khas Pagar Laut sempena Ramadan, Syawal

Lebih 800 anggota dan pegawai Maritim Malaysia ditugaskan untuk Op Khas Pagar Laut.
Lebih 800 anggota dan pegawai Maritim Malaysia ditugaskan untuk Op Khas Pagar Laut.
A
A
A

KLANG - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara bermula 12 Mac sehingga 30 April sempena Ramadan dan Syawal tahun ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, pelaksanaan op berkenaan turut melibatkan kawasan titik panas di beberapa lokasi berkaitan.

"Operasi khas ini dijalankan dalam empat fasa bermula Fasa I iaitu persediaan bagi pengumpulan maklumat dan siap siaga aset diikuti Fasa II iaitu penguatkuasaan sebelum perayaan.

"Seterusnya diikuti Fasa III merangkumi penguatkuasaan semasa perayaan dan diikuti Fasa IV iaitu penguatkuasaan selepas perayaan," katanya.

Hamid (kiri) ketika meninjau pelaksanaan Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan Selangor pada Isnin.
Hamid (kiri) ketika meninjau pelaksanaan Op Khas Pagar Laut di sekitar perairan Selangor pada Isnin.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar sempena pelancaran Op Pagar Laut di atas Kapal Maritim (KM) Bagan Datuk pada Isnin.

Katanya, operasi ini melibatkan sebanyak 45 aset milik agensi dan lebih 800 pegawai serta anggota di seluruh negara.

"Operasi ini dilaksanakan bagi mengekang dan memerangi aktiviti jenayah rentas sempadan seperti pergerakan pendatang asing tanpa Izin (PATI) dan pencerobohan nelayan asing.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, turut menjadi fokus adalah penyeludupan masuk barangan kontraban seperti mercun serta penyeludupan barang-barang kawalan ke luar negara," katanya.

Menurutnya, sepanjang operasi berkenaan, Maritim Malaysia akan memperketatkan kawalan serta mengoptimumkan pengoperasian di perairan sempadan negara-negara jiran.

"Maritim Malaysia turut bersiap sedia mengerahkan aset milik agensi bagi melaksanakan tugas Operasi Mencari dan Menyelamat sekiranya berlaku apa-apa insiden kemalangan.

Sebanyak 45 aset Maritim Malaysia digerakkan untuk Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara bermula 12 Mac sehingga 30 April ini.
Sebanyak 45 aset Maritim Malaysia digerakkan untuk Op Khas Pagar Laut di seluruh perairan negara bermula 12 Mac sehingga 30 April ini.

"Tugas ini sebagai persediaan sekiranya terjadi sebarang kejadian tidak diingini melibatkan kapal atau bot penumpang yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran nanti," katanya.

Dalam pada itu, Hamid berkata, pihaknya berjaya menumpaskan 12 kes berprofil tinggi daripada 42 kes tangkapan pada tahun lalu.

"Kesemua kes ini membabitkan cubaan menyeludup masuk rokok, pencerobohan bot nelayan asing, kemasukan PATI serta kesalahan menyeludup barang kawalan iaitu petrol dan minyak masak.

"Keseluruhan kes ini melibatkan nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM13 juta," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!