Terima kasih bawa LTdL 2024 kembali ke Langkawi - Exco

Muhammad Radhi (kanan) turut bersama penerima sumbangan memilih baju raya di Pasar Raya Mydin, Alor Setar pada petang Isnin.
Muhammad Radhi (kanan) turut bersama penerima sumbangan memilih baju raya di Pasar Raya Mydin, Alor Setar pada petang Isnin.
A
A
A

PENYENARAIAN semula Langkawi dalam laluan perlumbaan Petronas Le Tour de Langkawi 2024 (LTdL 2024) disambut baik Kerajaan Kedah kerana mampu membawa limpahan ekonomi kepada rakyat negeri ini terutamanya pulau lagenda tersebut.

Exco Kepenggunaan dan Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan negeri Kedah, Muhammad Radhi Mat Din mengucapkan rasa terima kasih atas pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dan katanya, kemasukan semula Langkawi memberikan lebih makna kepada jenama LTdL 2024 itu sendiri.

“Kami bersyukur kerana Langkawi menyertai semula tahun ini selepas dikecualikan tahun lalu. Saya percaya terdapat kekangan, mungkin dari segi pembiayaan, menyebabkan kekurangan RM2 juta hingga RM3 juta.

“Kemasukan semula Langkawi tahun ini adalah satu pengiktirafan bahawa ini adalah inti pati sebenar LTdL. Tanpa penyertaan Langkawi, ia akan menjadi kurang penting,” katanya ditemui selepas Iftar Ramadan Perdana dan Penyampaian Sumbangan anjuran Pasar Raya Mydin, di sini pada petang Isnin.

Menurut Muhammad Radhi, LTdL 2024 yang akan bermula pada 29 September sehingga 6 Oktober depan diharapkan dapat mengalakkan lagi sektor perniagaan tempatan.

Muhammad Radhi (belakang dua kiri) bersama penerima sumbangan raju raya di Pasar Raya anjuran Mydin, Alor Setar pada petang Isnin.
Muhammad Radhi (belakang dua kiri) bersama penerima sumbangan raju raya di Pasar Raya anjuran Mydin, Alor Setar pada petang Isnin.

"Kami mengucapkan terima kasih kepada menteri (Hannah Yeoh) dan semua pihak yang terlibat kerana membawa LTdL kembali ke Langkawi.

“Ini insya-ALLAH akan memberi bantuan. Ia satu rahmat untuk ekonomi, menggalakkan perniagaan tempatan di sana," ujarnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, peniaga di Langkawi juga perlu bersiap-sedia menghadapi pertambahan pelancong semasa acara itu berlangsung di pulau tersebut.

"Tetapi dengan satu syarat, mari kita kekalkan harga yang adil, jangan ambil kesempatan. Kita tidak mahu mengeksploitasi keadaan kerana apabila sesuatu yang baik berlaku, kita harus menyambut tetamu dengan baik," kata beliau lagi.

Pada LTdL 20223, Pulau Langkawi tidak tersenarai dalam laluan perlumbaan kerana melibatkan tambahan kos yang agak tinggi

Bagaimanapun, ia bukanlah sesuatu yang 'asing' apatah lagi perlumbaan berprestij itu pernah tidak 'memasuki' Langkawi dari 2016 hingga 2018 sebelum kembali dianjurkan di sana pada 2019 dan 2022.

Pada Isnin, Hannah berkata, secara keseluruhan 11 negeri akan menjadi hos pelepasan dan penamat membabitkan jarak keseluruhan 1,191 kilometer untuk laluan LTdL 2024 dan dianjurkan buat tahun kedua berturut-turut oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurutnya, tiga negeri tidak terlibat dalam edisi kali ini iaitu Kelantan, Terengganu dan Sabah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!