'Tolong bantu anak saya'

Tular di Facebook berhubung rayuan Nur Mardhiah kepada orang ramai bagi membantunya menyelesaikan yuran pengajiannya.
Tular di Facebook berhubung rayuan Nur Mardhiah kepada orang ramai bagi membantunya menyelesaikan yuran pengajiannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bapa kepada penuntut tahun akhir jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir, Nur Mardhiah Mohd Ashar, 29, merayu orang ramai membantu anaknya mendapatkan dana sebanyak RM9,000 bagi menampung kos yuran pengajian di universiti berkenaan.

Mohd Ashar Misran, 56, berkata, dia yang juga penghidap penyakit kronik tidak berkemampuan membiayai yuran terbabit.

Menurutnya, Lembaga Zakat Selangor (LZS) ada menyampaikan bantuan kewangan sebanyak RM5,000 dua bulan lalu namun jumlah itu masih tidak mencukupi.

"Sekiranya Nur Mardhiah gagal menjelaskan yuran pengajian dan kemungkinan dia tidak dapat menamatkan pengajian pada Februari depan," katanya.

Mohd Ashar berkata, kos keseluruhan yuran pengajian diperlukan Nur Madhiah sepanjang menuntut di universiti itu berjumlah RM54,000.

"Sebelum ini pun saya ada mohon sumbangan orang ramai membantu anak saya dan sehingga kini jumlahnya masih tidak mencukupi.

"Saya amat berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi membantu melangsaikan yuran pengajian anak saya yang tertangguh," katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghulur sumbangan ke dalam akaun Maybank Nur Mardhiah (162058890202) atau hubungi 0193411741 (Mohd Ashar).

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, tular di Facebook berhubung hasrat Nur Mardhiah yang memerlukan sumbangan orang ramai bagi menampung kos pengajiannya di universiti terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!