[VIDEO] Pengarah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Selasa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa.

Pengarahnya, Datuk Zulkarnain Endut, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Mengikut pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain, selaku orang kena saman (OKS) berdepan pertuduhan kerana gagal mematuhi award TTPM berkenaan.

Zulkarnain didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan gagal untuk mematuhi award TTPM membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa.
Zulkarnain didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan gagal untuk mematuhi award TTPM membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat TTPM di Menara Ansar, Johor Bahru di sini, antara 24 Julai tahun lalu hingga 10 Januari, tahun ini.

OKS didakwa mengikut Seksyen 117(1) Akta Perlindungan Pengguna 1999 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang diketuai Mohd Sophian Zakaria, Suhana Mohd dan Shafiq Mahadi manakala tertuduh diwakili Datuk Hanif Hassan.

Dalam prosiding itu, pihak pendakwaan memohon jaminan dikenakan sebanyak RM2,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Artikel Berkaitan:

Zulkarnain didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan gagal untuk mematuhi award TTPM membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa.
Zulkarnain didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru atas pertuduhan gagal untuk mematuhi award TTPM membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa.

"Mahkamah perlu mengambil kira hal keadaan kes. Kes ini merupakan kes membabitkan kepentingan awam membabitkan lapan mangsa di negeri ini. Majoriti mangsa merupakan warga emas.

"Mereka menggunakan wang simpanan ke Tanah Suci, ada yang menggunakan wang peninggalan wang arwah suami. Bayaran dibuat oleh semua mangsa sejak Februari tahun lalu dan sepatutnya menunaikan ibadah umrah pada Mac tahun lalu.

"Sebelum ini pendakwaan di Mahkamah Putrajaya atas 63 pertuduhan, seterusnya Mahkamah Majistret Kota Bahru atas 51 pertuduhan dan Mahkamah Majistret Seremban, 51 pertuduhan," katanya.

Bagaimanapun, peguam mewakili tertuduh, Datuk Hanif Hassan, memohon jaminan tidak bercagar dikenakan memandangkan tiada pendapatan diperoleh OKS sejak akhir-akhir ini.

"Untuk makluman, semalam (Isnin) menerima notis daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang menghalangnya daripada menjadi pengarah kepada mana-mana syarikat.

"Keadaan ini, menyebabkan anak guam saya tidak mempunyai pendapatan dan akaun juga turut dibekukan," katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM4,000 kepada OKS dan perlu hadir untuk melapor diri setiap bulan di pejabat KPDN Putrajaya

Seterusnya pada 22 April depan, ditetapkan sebagai sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan pertuduhan ke atas seorang lagi pengarah syarikat iaitu Datin Mazuin Mustafa, 43, yang tidak dapat hadir ke Mahkamah Majistres Johor Bahru pada Selasa kerana masalah kesihatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!