Pemimpin pembangkang Singapura didakwa beri keterangan palsu

PRITAM SINGH
PRITAM SINGH
A
A
A

SINGAPURA - Pemimpin pembangkang Singapura didakwa atas dua pertuduhan kerana memberi keterangan palsu kepada jawatankuasa Parlimen ketika siasatan terhadap salah seorang anggota pimpinannya, Parti Pekerja (WP) pada Disember 2021.

Pritam Singh berdepan dakwaan itu di mahkamah pada Selasa dan jika disabit bersalah boleh dikenakan denda atau penjara tidak melebihi tiga tahun.

“Beliau sengaja memberi jawapan palsu kepada soalan penting ketika prosedur tersebut,” menurut kenyataan bersama polis dan pihak pendakwaan.

Pritam menerusi media sosial mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut selepas sesi perbicaraan seterusnya dijadualkan pada 10 Mei depan.

“Saya akan meneruskan tugas sehingga proses undang-undang itu selesai,” ujarnya di Instagram.

Kes tersebut melibatkan bekas anggota WP, Raeesah Khan yang menuduh polis berkelakuan tidak sensitif terhadap mangsa serangan seksual, namun beliau kemudiannya mengakui hanya mereka cerita yang akhirnya membawa kepada keputusannya untuk meletak jawatan. - AFP

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!