Terpaksa pilih kereta lain, bukan Proton Perdana: Menteri Kewangan

Guan Eng - Foto Bernama
Guan Eng - Foto Bernama
A
A
A

GEORGETOWN - Proton Perdana kini tidak lagi dijual dalam pasaran menyebabkan kerajaan terpaksa memilih kereta jenis lain, sebagai kenderaan rasmi menteri dan timbalan menteri.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng hari ini menjelaskan, ketika kontrak pembekalan kenderaan diumumkan, pihaknya tidak mendapat pengesahan sama ada jumlah Proton Perdana akan mencukupi atau tidak sehingga pilihan alternatif terpaksa dibuat.

"Ini kerana ada yang tidak tahu bahawa sekarang kereta Proton Perdana tidak jual lagi. Itu sebab apabila kita sebut bahawa masih kekal kereta Proton Perdana, mereka mesti bina secara berasingan yang menyebabkan dari segi bekalan (ia) belum pasti.

ARTIKEL BERKAITAN: Kekal Proton Perdana untuk menteri, timbalan menteri

"Itu sebab kita harus ada pilihan kedua kerana sebelum ini kerana kita tidak mendapat pengesahan dan apabila kita dapat pengesahan bekalan, baru kita teruskan dengan Proton Perdana,” katanya kepada pemberita selepas lawatan rasmi ke Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier (SPCT) di sini hari ini.

Guan Eng meminta semua pihak untuk tidak membuat andaian yang bukan-bukan, kerana apa yang diperkatakan sesetengah pihak itu adalah sebahagian daripada berita palsu.

Guan Eng (dua dari kiri) meninjau Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier yang akan dinaik taraf dalam empat fasa akan bermula April tahun ini. - Foto Bernama
Guan Eng (dua dari kiri) meninjau Terminal Kapal Persiaran Swettenham Pier yang akan dinaik taraf dalam empat fasa akan bermula April tahun ini. - Foto Bernama

Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kerajaan kini sedang dalam proses melantik sebuah syarikat, membekalkan kenderaan untuk kegunaan rasmi menteri dan pegawai kanan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Laporan itu menyebut janji niaga itu melibatkan 32 unit Toyota Vellfire untuk kegunaan menteri dan 3,000 unit Honda Accord untuk pegawai kanan kerajaan.

Kereta mewah kenderaan rasmi menteri: Tunggu keputusan Kabinet, kata Guan Eng

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, keputusan untuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memangku jawatan Menteri Pendidikan, bukanlah satu masalah.

Katanya, Dr Mahathir hanya memangku jawatan itu untuk sementara waktu.

"Contohnya, sekiranya saya pergi bercuti, mesti ada menteri ganti, jadi kalau ada menteri ganti, itu hanya sementara sahaja. Jadi perkara itu tidak akan menjadi sebarang isu," katanya.

Dalam Manifesto Pakatan Harapan menetapkan Perdana Menteri, tidak dibenarkan memegang portfolio lain dalam Kabinet.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!