Pengarah Emraz didakwa di mahkamah gagal bayar tuntutan
BERITA SEMASA 19 MAC 2024
Sebuah syarikat pengendali umrah dan pengarahnya didakwa di Mahkamah Majistret, Johor pada Selasa atas 16 pertuduhan gagal mematuhi perintah award Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) membayar balik tuntutan wang berjumlah RM131,890 kepada lapan mangsa, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pengarahnya, Datuk Zulkarnain Endut, 43, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.
Mengikut pertuduhan, Emraz Travel & Tours Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat dengan Zulkarnain, selaku orang kena saman (OKS) berdepan pertuduhan kerana gagal mematuhi award TTPM berkenaan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #syarikatpengendaliumrah #gagalbayartuntutan