Nahas bas di Thailand, pemandu maut 44 penumpang cedera
BANGKOK - Dua pemandu bas maut dan 44 penumpang cedera dalam satu nahas jalan raya di Nakhon Ratchasima.
Ketua Yayasan Menyelamat Hook 31 Chana Junta berkata, dalam kemalangan jam 2 pagi waktu tempatan, bas perjalanan jauh yang membawa 44 penumpang itu dalam perjalanan dari Bung Kan ke Bangkok.
"Siasatan awal mendapati pemandu hilang kawalan di selekoh dan bas itu melanggar satu tiang besi yang menyokong papan tanda jalan,” katanya.
Dua pemandu maut di tempat kejadian dan 44 penumpang termasuk 12 rakyat Laos cedera dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan.
'’Empat penumpang cedera parah dan dimasukkan ke wad hospital untuk rawatan lanjut,” katanya. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!