Mabuk sampai cium ular tedung

Sonu dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular. - Foto Metro.co.uk
Sonu dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular. - Foto Metro.co.uk
A
A
A

KARNATAKA - Gara-gara mabuk, seorang lelaki nyaris maut apabila bertindak luar jangkaan mencium seekor ular tedung di Bandar Karnataka India.

Menerusi Metro.co.uk, Sonu juga penjinak ular terpaksa dikejarkan ke hospital selepas dipatuk ular di bahagian mulutnya.

Ular itu ditemui penduduk sebelum menghubungi Sonu untuk menangkap reptilia berbisa.

Sebelum insiden itu, Sonu berjaya menangkap ular berkenaan tetapi secara tiba-tiba dia mencium kepala ular hingga membuatkan mulutnya berdarah dan dikejarkan ke hospital Mcgann di Shimoga untuk rawatan.

Doktor memberitahu, Sonu terselamat kerana menerima rawatan segera dan bengkak di wajahnya dipercayai dari racun ular akan mulai sembuh dalam tempoh 10 hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!