Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia

Barone
Barone
A
A
A

PENGURUS Besar Fiorentina, Joe Barone meninggal dunia pada usia 57 tahun akibat serangan jantung, kata kelab Serie A itu pada Selasa.

Jurucakap Fiorentina berkata, Barone dirawat di hospital Isnin menggunakan alat bantuan pernafasan selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan Serie A di Atalanta, yang ditangguhkan.

“Dukacita kelab bola sepak Fiorentina mengesahkan kehilangan seorang tokoh sukan yang telah mencipta pelbagai untuk sejarah kelab yang tidak akan dilupakan semua terkait dengan kelab ini.

"Ketua Pengarah Giuseppe Barone meninggal dunia di Hospital San Raffaele, Milan selepas tiba-tiba jatuh sakit pada Ahad.

"Beliau seorang petarung yang sentiasa cekal, kuat dalam semua situasi bersama The Violets baik senang atau saat yang paling sukar," kata kelab itu.

Barone, yang akan berusia 58 tahun pada Rabu, mengambil alih peranannya di Fiorentina pada November 2019.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!