Solat tarawih 'kilat' di Indonesia
JAKARTA - Solat sunat tarawih sepantas tujuh minit ditunaikan jemaah di sebuah pesantren di Indramayu, dalam wilayah Jawa Barat, di sini lapor laman berita TVOne News.
Solat sunat digelar ‘tarawih kilat’ itu ditunaikan dalam 23 rakaat yang diadakan secara tradisi dan turun temurun.
Menurut imam, Hua Bihi Mujyinnidzom solat tarawih pantas itu sudah diadakan sejak 15 tahun dahulu.
"Ia dimulakan sekitar tahun 2009 hingga 2010, alasan tarawih kilat adalah kalau menurut saya syarat rukun solat itu sudah dipenuhi.
"Anda semua boleh buat semakan di pondok kami (Pondok Al-Quraniyah), bagaimana tatacara kami dalam melakukan ibadah ini," katanya.
Dalam pada itu, beliau juga menegaskan mana-mana pihak yang tidak yakin berkenaan dengan tatacara solat tarawih yang mereka lakukan untuk datang sendiri menyaksikannya.
"Jemaah yang menunaikan solat tarawih di situ sudah terbiasa melakukannya dengan cepat," katanya lagi.
Hanya solat tarawih dilakukan dalam keadaan cepat, bagaimanapun solat lima waktu yang lain dilakukan mengikut kebiasaan.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!