Jawi anjur solat hajat Palestin sempena Ramadan
KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) galak masjid serta surau di Wilayah Persekutuan melaksanakan solat hajat mendoakan perlindungan dan keselamatan rakyat Palestin sempena Ramadan.
Pengarahnya, Datuk Mohd Ajid Ismail berkata, solat hajat itu akan diadakan pada hari Khamis selepas solat Isyak dan hari Jumaat selepas solat Jumaat setiap minggu sepanjang Ramadan bermula 21 Mac ini.
Menurutnya, doa dan munajat diadakan itu sebagai lambang solidariti dan empati umat Islam berikutan penindasan dan kekejaman berpanjangan yang dilakukan oleh rejim Israel.
"Semoga tarbiah madrasah Ramadan dapat mencetuskan keinsafan kepada diri terhadap kesusahan yang dialami oleh umat Islam di seluruh dunia.
"Diharap ia juga menjadi detik bermakna untuk melipatgandakan amalan kebajikan dengan mengimarahkan masjid dan surau bagi meraih ganjaran pahala," katanya menerusi kenyataan.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!