Pemain remaja United 'naik pangkat'

Mainoo. Foto Agensi
Mainoo. Foto Agensi
A
A
A

PEMAIN berusia 18 tahun dari Manchester United, Kobbie Mainoo tidak menyangka diserap buat kali pertama dalam skuad England bimbingan Gareth Southgate menjelang dua aksi persahabatan tidak lama lagi.

Mainoo pada awalnya disenaraikan untuk menyertai pasukan bawah 21 tahun (B-21) kelayakan Euro B-21 2025, namun dipanggil ke dalam skuad senior.

The Three Lions dijadual menentang Brazil di Stadium Wembley pada 23 Mac dan Belgium 26 Mac ini.

“Saya merasakan ia satu penghormatan apabila mendapat panggilan pertama skuad senior,” katanya menerusi catatan di Instagram.

Mainoo adalah hasil produk akademi belia United dan menyinar bersama The Red Devils apabila tampil 14 kali dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia yang beraksi untuk skuad England B-17, B-18 dan B-19 melaporkan diri di St. George's Park pada Selasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!