Dua pelajar UiTM dikhuatiri lemas

Gambar terakhir mangsa yang sempat dirakam bersama rakan-rakan sebelum mandi di lokasi.
Gambar terakhir mangsa yang sempat dirakam bersama rakan-rakan sebelum mandi di lokasi.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Dua penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Chendering di sini dikhuatiri lemas manakala seorang diselamatkan penduduk kampung ketika mandi di Pantai Pandak, di sini petang tadi.

Dua penuntut berkenaan ialah Tengku Mohd Afiq Tengku Muhazan Shah, 20, dan Mohd Nor Hishamudin Nor Saidi, 21.

Penuntut yang diselamatkan Muhammad Nazrim Mat Asri, 20, pula dihantar ke Hospital Sultanah NurZahirah (HSNZ) di sini untuk rawatan lanjut.

Menurut sumber, sebelum kejadian, kira-kira jam 5.30 petang, ketiga-tiga mangsa bersama 15 lagi rakan mereka datang ke lokasi untuk mandi sempena cuti hujung minggu.

"Bagaimanapun, ketika leka mandi, ketiga-tiga mangsa dikatakan secara tiba-tiba ditarik ombak sebelum hilang dibawa arus.

"Panik melihat situasi itu, rakan-rakan yang lain cuba menyelamatkan mereka namun disebabkan arus yang kuat, cubaan itu gagal sebelum meminta pertolongan penduduk yang berada berhampiran lokasi.

"Namun hanya salah seorang daripada mereka sahaja (Muhammad Nazrim) berjaya diselamatkan disebabkan keadaan ombak yang kuat," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Abni Hajar berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 6.40 petang.

Artikel Berkaitan:

"Sejurus itu, seramai 17 anggota dikerahkan ke lokasi termasuk pasukan penyelamat di air (PPDA)," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!