Daqmie dilantik duta mualaf Perkim Datuk Keramat

Daqmie bersama Pengerusi Perkim bahagian Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
Daqmie bersama Pengerusi Perkim bahagian Datuk Keramat, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz.
A
A
A

PERTUBUHAN Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) bahagian Datuk Keramat menjalinkan kerjasama dengan penyanyi dan komposer, Daqmie bagi menyantuni mualaf di negara ini.

Pengerusinya, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz berkata, pemilihan Daqmie sebagai Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat adalah bertujuan untuk menarik minat lebih ramai golongan mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.

“Setelah mengadakan beberapa siri perbincangan bersama Daqmie, kami bersetuju untuk menjalin kerjasama bagi memantapkan program dakwah khususnya untuk golongan mualaf.

“Antara bentuk kerjasama itu ialah menyediakan kit pembelajaran agama dengan diselitkan unsur hiburan bagi menarik minat dan pemahanan mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemilihan Daqmie (tiga dari kiri) sebagai Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat adalah bertujuan untuk menarik minat lebih ramai golongan mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.
Pemilihan Daqmie (tiga dari kiri) sebagai Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat adalah bertujuan untuk menarik minat lebih ramai golongan mualaf untuk terus mendalami ajaran Islam.

Daqmie atau nama sebenarnya, Azmee Abdul Manap pernah melakar sejarah tersendiri apabila album baharunya bertajuk Daqmie Ramadan 1445 habis dijual sebelum dilancarkan Fenruari lalu.

Sementara itu ketika ditanya tentang pemilihannya sebagai Duta Mualaf, Daqmie berkata, dia akan memberikan yang terbaik bagi membantu golongan mualaf untuk memahami Islam dengan lebih mudah.

“Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang berat, namun Insyallah saya bersama-sama Perkim Datuk Keramat akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk golongan mualaf ini.

Artikel Berkaitan:

“Diharapkan usaha ini akan membantu dan menarik minat mereka untuk terus mendalami ajaran Islam yang sebenarnya,” ujarnya yang akan bekerjasama dengan Perkim bagi pembikinan lagu-lagu berunsur dakwah mengenai mualaf di negara ini.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!