Tumbangkan Li Yang, Srikanth cabaran kedua Zii Jia di Switzerland

Zii Jia mara selepas tewaskan Li Yang.
Zii Jia mara selepas tewaskan Li Yang.
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mara ke pusingan kedua Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland di Saint Jakobshalle, Basel pada Rabu.

Zii Jia mengesahkan kemaraan ke kejuaraan Super 300 itu selepas menewaskan Su Li Yang dari Taiwan straight set.

Biarpun begitu kemaraan pemain nombor 10 tersebut hadir dengan usaha tangga kejayaan sebelum menang 21-19 ke atas lawan berstatus 30 dunia di set pertama.

Kemenangan set pertama dimanfaatkan sepenuhnya anak muda kelahiran Alor Setar, Kedah itu apabila memacu terus kemenangan 21-12 dalam masa 42 minit.

Zii Jia akan berdepan pemain senior India berstatus nombor 27 dunia, Kidambi Srikanth di pusingan kedua.

Jejaka kelahiran Ravulapalem, Andhra Pradesh berusia 31 tahun itu mara selepas menewaskan wakil Taiwan, Wang Tzu Wei, 21-17, 21-18 dalam masa 43 minit.

Sementara itu, semangat juang tinggi Leong Jun Hao yang bangkit menebus kekalahan set pertama 19-21 gagal diteruskan set ketiga apabila ditunjukkan jalan pulang Lakshya Sen, 11-21 dalam aksi 62 minit.

Sebelum itu, Jun Hao bangkit menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 21-15 di set kedua ke atas lawan dari India yang juga pilihan ketujuh berstatus 13 dunia tersebut.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!