JSPT tumpu 142 lokasi sesak di ibu negara pada Ramadan

Mohd Azman (tengah) menyantuni anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa lawatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mohd Azman (tengah) menyantuni anggota Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semasa lawatan di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengatur gerak keanggotaan di 142 lokasi kesesakan sekitar ibu negara sepanjang Ramadan.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, seramai 200 keanggotaan ditempatkan bagi tangani kesesakan ini.

Menurutnya, kehadiran JSPT bertujuan memberi pertolongan dan kerjasama kepada orang ramai selain permudahkan aliran trafik dalam waktu kesesakan.

"Saya mengambil kesempatan ini agar orang ramai mengawal emosi, bersabar dan jangan ambil tindakan melulu sekiranya berada dalam kesesakan jalan raya.

"JSPT akan memberi perkhidmatan terbaik dan kita akan melancarkan Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri nanti agar pergerakan balik kampung dapat dilaksanakan dengan sempurna selain kerjasama Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) bagi menentukan premis ditinggalkan dalam keadaan selamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa turun menyantuni anggota trafik dan orang awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Mohd Azman turut mengingatkan agar orang ramai tidak membuat halangan trafik dengan meletakkan kenderaan di bahu jalan dan sebagainya.

"Usah ambil tindakan sendiri hingga menyebabkan kesesakan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

"Dijangka sehari 1.2 juta kenderaan masuk ke ibu negara dan kira-kira 800,000 pada hari minggu sepanjang Ramadan," ujarnya.

Tambahnya, sepanjang bulan Ramadan, JSPT menjangkakan berlaku kesesakan kerana pengguna jalan raya ambil kesempatan pulang awal ke rumah dengan pelepasan diberi majikan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!