Samseng jalanan dalam radar polis

Mohd Azman menyantuni anggota trafik bertugas di Kuala Lumpur, pada Rabu.
Mohd Azman menyantuni anggota trafik bertugas di Kuala Lumpur, pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isu samseng jalanan menjadi perkara penting ditekankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dalam usaha membendung kegiatan terbabit daripada terus berleluasa.

Pengarah JSPT Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya mengenal pasti kawasan yang sering dijadikan lokasi untuk samseng jalanan.

"Kita beri peringatan kepada orang muda terutama pengguna motosikal supaya mematuhi peraturan lalu lintas.

"JSPT akan ambil tindakan sewajarnya untuk kekang kegiatan ini," katanya ketika ditemui pemberita semasa beliau menyantuni anggota trafik dan orang awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada Rabu.

Mohd Azman menyantuni orang awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Rabu.
Mohd Azman menyantuni orang awam di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada Rabu.

Beliau berkata, JSPT sentiasa menerima maklumat berhubung kegiatan terbabit.

Tambahnya, perancangan akan dibuat sebaiknya untuk tindakan diambil.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan tiga remaja perempuan yang merempit dengan melakukan aksi 'superman' di Lebuhraya Utara-Selatan, ketika pulang berkonvoi selepas menjamu selera membawa padah selepas ditahan polis pada 13 Mac lalu.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, antara kejayaan lain ialah penahanan 10 penunggang motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Kemaman, Terengganu, 18 Mac lalu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!