Tangani segera lambakan pengemis warga asing

Pengemis warga asing (duduk) menjalankan aktiviti meminta sedekah di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampong Baru baru-baru ini.
Pengemis warga asing (duduk) menjalankan aktiviti meminta sedekah di Bazar Ramadan Jalan Raja Alang Kampong Baru baru-baru ini.
A
A
A

ISU lambakan pengemis warga asing bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan apabila kemunculan golongan ini mudah didapati terutamanya di bazar seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.

Apa tidaknya, setiap kali tiba bulan puasa sahaja, umat Islam berlumba-lumba untuk membuat kebaikan seperti bersedekah menyebabkan pengemis warga asing ini turut mengambil kesempatan tersebut.

Malah, sikap pemurah rakyat Malaysia telah menyebabkan mereka ini cenderung untuk bertindak lebih agresif dengan mendekati orang ramai yang mengunjungi bazar tersebut.

Kehadiran pengemis itu telah menimbulkan ketidakselesaan buat pengunjung yang mahu mencari juadah untuk berbuka dan dibimbangi akan mengancam keselamatan mereka.

Isu ini kembali hangat diperkatakan susulan tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi bazar yang mendapati kebanyakan peminta sedekah terbabit adalah dalam kalangan warga Rohingya yang rata-rata meraih simpati masyarakat dengan membawa kanak-kanak.

Selain itu, terdapat juga kumpulan pengemis orang kurang upaya (OKU) penglihatan membabitkan warga Indonesia yang berselindung di sebalik penjualan tisu.

Justeru, isu terbabit perlu ditangani dengan segera kerana selain faktor keselamatan, ia turut merosakkan imej negara terhadap pelancong asing yang datang ke Malaysia.

Apa pun, pihak berkuasa perlu memainkan peranan penting agar isu yang menggugat keamanan terhadap masyarakat ini tidak berlaku lagi pada masa depan.

Artikel Berkaitan:

Pemantauan lebih kerap di bazar juga perlu dilakukan bagi memastikan kegiatan pengemis warga asing ini tidak bertambah dari semasa ke semasa.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!