Menteri Pendidikan Brazil diejek salah eja di Twitter

Abraham Weintraub
Abraham Weintraub
A
A
A

SAO PAULO - Menteri Pendidikan Brazil menjadi bahan ketawa di media sosial gara-gara tersalah eja satu perkataan di Twitter.

Abraham Weintraub yang bertanggungjawab untuk sekolah dan universiti di negara terbesar Amerika Latin itu, tersilap mengeja perkataan “menakjubkan” dalam bahasa Portugis di Twitter pada Selasa lalu.

Sepatunya dieja “impressionante” tetapi Weintraub mengejanya “imprecionante”.

“Bila menteri pendidikan tulis ‘imprecionante’ mencerminkan realiti pendidikan Brazil,” kata seorang pengguna Twitter.

Weintraub kemudian bertindak memadam ciapan itu.

Ini bukan kali pertama beliau silap mengeja.

Weintraub, sebelum ini tersilap dalam ejaan untuk perkataan Portugis “suspension” dan “paralyzation”. - AFP

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!