GXBank sokong DuitNow QR

Dua dari kiri: Fadrizul, Ameer Ali dan Pei Si ketika program A Sharing on GXBank’s Brand and Financial Inclusion and Literacy Focus di First Avenue, Bandar Utama di sini pada Rabu.
Dua dari kiri: Fadrizul, Ameer Ali dan Pei Si ketika program A Sharing on GXBank’s Brand and Financial Inclusion and Literacy Focus di First Avenue, Bandar Utama di sini pada Rabu.
A
A
A

BANK digital pertama Malaysia, GX Bank Berhad (GXBank) memperkenalkan salah satu fungsi baharu yang dinantikan pengguna iaitu pembayaran dalam bentuk imbasan kod DuitNow QR.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lai Pei Si berkata, fungsi tersebut juga membolehkan pengguna berkongsi kod QR sendiri untuk menerima pembayaran atau penghantaran wang menerusi DuitNow.

Menurutnya, pengguna GXBank boleh menggunakan fungsi tersebut dengan mengemaskini aplikasi berkenaan ke versi yang terkini.

“Jika pengguna sudah membuat pengemaskinian tetapi masih tiada fungsi ini, mereka diminta untuk bersabar terlebih dahulu kerana ia sedang dikemas kini secara berperingkat dan dijangka selesai pada penghujung Mac ini.

“Selain itu, kami juga ingin memperkenalkan ciri terbaharu iaitu ganjaran rujukan yang mana pengguna akan menerima ganjaran apabila merujuk pengguna baharu mendaftar akaun GXBank.

Inisiatif Impian GIGih di Johor Bahru.
Inisiatif Impian GIGih di Johor Bahru.

“Fungsi berkenaan akan diperkenal sekitar April ini dan dijangka sebelum Hari Raya Aidilfitri. Maklumat lanjut mengenai ganjaran ini akan diumumkan dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika program A Sharing on GXBank’s Brand and Financial Inclusion and Literacy Focus di First Avenue, Bandar Utama di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama, Ketua Pegawai Teknologi GXBank, Fadrizul Hasani; pengasas bersama GoBarakah, Azrin Ajib dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Ameer Ali Mydin.

Mengulas lanjut, Pei Si berkata, GXBank turut melancarkan inisiatif Impian GIGih pada akhir Februari lalu sebagai manifestasi misi bank untuk memacu rangkuman dan kecelikan kewangan bagi memperkasakan segmen masyarakat yang kurang mendapat perkhidmatan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengagihkan bantuan kewangan secara maya dan fizikal kepada mereka yang memerlukan bersama dengan rakan perintis iaitu Mydin dan GoBarakah sebagai usaha awal inisiatif berkenaan.

Inisiatif Impian GIGih di Kelantan.
Inisiatif Impian GIGih di Kelantan.

“500 kit kembali ke sekolah telah diedarkan kepada anak-anak dari keluarga B40 dan pemandu Grab di Kelantan dan Johor Bahru.

“Untuk memperluas sokongan maya, GXBank turut bekerjasama dengan GoBarakah bagi menyediakan e-baucar kepada penerima manfaat yang berdaftar melalui platform tersebut.

“E-baucar ini boleh digunakan untuk membeli keperluan sekolah sepanjang tahun di vendor terpilih seluruh negara,” ujarnya.

Tambah Pei Si, GXBank turut merancang untuk memperluas inisiatif kembali ke sekolah dengan menawarkan biasiswa pendidikan tinggi kepada anak-anak pekerja gig dan ibu bapa B40 serta memberi kuasa transformatif celik huruf untuk memecahkan kitaran kemiskinan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!