Prestasi pembekalan elektrik di Semenanjung baik - Fadillah

Fadillah ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
Fadillah ketika sesi soal jawab Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan pada Persidangan Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pencapaian pembekalan elektrik di Semenanjung menunjukkan prestasi baik dengan catatan di bawah sasaran Indeks Tempoh Gangguan Purata Sistem (SAIDI) iaitu 48 minit per pelanggan per tahun, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pencapaian SAIDI di Semenanjung bagi 2023 adalah 46.10 minit per pelanggan per tahun berbanding 45.06 minit per pelangan per tahun pada 2022.

"Berdasarkan laporan pencapaian SAIDI, jelas menunjukkan TNB (Tenaga Nasional Berhad) berjaya mengekalkan pencapaian di bawah sasaran ditetapkan iaitu 48 minit per pengguna per tahun sepanjang tempoh tersebut,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu menjawab pertanyaan P. Prabakaran (PH-Batu) yang ingin tahu langkah intervensi diambil Kerajaan Persekutuan terhadap kawasan sering mengalami gangguan bekalan elektrik.

Fadillah berkata prestasi TNB sebagai pemegang lesen pembekalan elektrik kepada lebih sembilan juta pelanggan di Semenanjung dipantau Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk memastikan sistem pembekalan elektrik sentiasa dalam keadaan baik dan stabil.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!