Ketupat Mini, Sup Bunjut Saji di Iftar Ala Madinah
SHAH ALAM - FGV Holdings Bhd melalui anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn Bhd (DOPSB) memasarkan produk terbaru syarikatnya iaitu Ketupat Mini dan Sup Bunjut Saji di Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf pada Rabu.
Ketupat Mini Saji sangat istimewa mempunyai tekstur ketupat yang padat dan lembut dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi serta tiada kandungan bahan pengawet mahupun pewarna tiruan.
Setiap satu bungkusan berkenaan mengandungi 30 biji ketupat yang mempunyai berat bersih 20 gram (g).
Bagaimanapun, sepanjang bulan Ramadan dan raya ini FGV menawarkan secara percuma tiga lagi ketupat mini di dalam setiap pek.
Sup Bunjut Saji pula memberi kelainan berbanding jenama yang lain kerana ia didatangkan dengan dua bunjut dalam setiap peket.
Dengan dua bunjut tersebut, ia dijamin mampu menaikkan aroma yang menyelerakan serta menjadikan sup lebih pekat dengan rasa yang luar biasa.
Ia mempunyai tiga variasi yang berbeza iaitu sup bunjut, sup bunjut ayam dan sup bunjut tulang.
Kedua-dua produk baharu berkenaan sudah tentu menjadi pilihan pengguna di luar sana kerana kualiti produk yang menepati cita rasa pengguna.
Kini, Ketupat Mini Saji dan Sup Bunjut Saji sudah pun mula berada di pasar raya terpilih seperti Giant, Aeon Big, Econsave, ST Rosyam dan juga kedai-kedai runcit dengan harga yang berpatutan pastinya berbaloi-baloi.
Sementara itu, FGV turut mengambil peluang menyantuni pengunjung terawal yang hadir pada Iftar Ala Madinah dengan mengedarkan lebih 450 pek barangan masakan keluaran syarikatnya dan meraikan 20 keluarga asnaf sekitar Shah Alam.
Dalam pada itu, pengunjung juga berpeluang mengunjungi gerai FGV Holdings Bhd bagi mendapatkan barangan pelbagai produk Saji dan Seri Pelangi, termasuk minyak masak, krim Saji, dan marjerin Seri Pelangi dengan harga yang lebih murah dari pasaran luar.
Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf berlangsung dari 13 Mac hingga 4 April, menawarkan peluang unik kepada sehingga 1,000 tetamu setiap hari untuk merasai pengalaman berbuka puasa dengan semangat Masjid Nabawi.
Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!