Rizky Febian mohon kubur ibu digali semula
PENYANYI Rizky Febian yang juga anak lelaki pelawak popular Indonesia, Sule membuat laporan polis kerana mencurigai punca kematian ibunya, Linda Jubaidah.
Rizky popular dengan lagu Kesempurnaan Cinta berbuat demikian kerana ibunya tidak memiliki penyakit kronik hingga membawa kepada kematian.
Sehubungan itu, Pasukan forensik dan penyelidik dari Bandung Polrestabes diarahkan untuk menggali semula kubur ibunya.
Menurut laporan Dream.co.id, Sule turut menyatakan perkara yang sama di mana isterinya jarang sakit dan tiada penyakit kronik.
"Dia tidak pernah sakit, yang saya tahu dia hanya demam biasa," katanya.
Sementara itu, Ketua Bidang Hubungan Masyarakat Polda Jabar Kombes S Erlangga mengesahkan pasukan forensik sedang menjalankan siasatan dan punca kematian akan dianalisis.
Kubur arwah digali semula selepas pihak polis menerima laporan daripada Rizky pada 6 Januari lalu.
Bagaimanapun proses penggalian semula kubur yang dijadualkan bermula jam 8 pagi (waktu Indonesia Barat) itu terpaksa ditunda kerana hujan.
Ketika proses tersebut keluarga mendiang yang berada di pusara Lina dilihat gagal mengawal emosi dan menangis.
Mayat Lina kini berada di Hospital Hasan Sadikin, Bandung untuk dibedah siasat dan pemeriksaan makmal mengambil masa dua minggu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!