Indah dan jelas, Will Smith kongsi pengalaman baca al-Quran

Will Smith semasa ditemu bual dalam Big Time Podcast. Foto Agensi
Will Smith semasa ditemu bual dalam Big Time Podcast. Foto Agensi
A
A
A

LOS ANGELES - Pelakon popular Amerika Syarikat (AS), Will Smith menyifatkan al-Quran sebagai 'sangat jelas' dengan menyatakan kitab suci umat Islam itu sukar menimbulkan salah faham kepada pembacanya.

Kata Smith, dia mula membaca al-Quran pada Ramadan tahun lalu.

"Saya suka kesederhanaan, al-Quran sangat jelas dan sukar untuk disalah erti.

"Semangatnya sangat indah dan jelas," tambahnya.

Smith, 55, berkata, dia juga membaca dua kitab lain temasuk Taurat dan Bible, namun mendapati al-Quran saling berkaitan dengan kitab-kitab itu.

"Saya terkejut bagaimana ia menceritakan satu kisah daripada Taurat melalui Bible dan ke dalam al-Quran. Saya tidak faham sepenuhnya Ibrahim sebagai bapa dan kemudian berpisah dengan Ishaq dan Ismail, sangat indah apabila mendapat penyempurnaan pemahaman itu," katanya semasa menjadi tetamu dalam Big Time Podcast yang ditemu bual wartawan Mesir, Amr Adeeb.

Pelakon Men In Black itu yang sedang melakukan lawatannya ke Arab Saudi, juga menyatakan 'cintanya' kepada negara Timur Tengah dan budaya negara itu.

"Saya rasa saya adalah jin pada masa lalu. Saya suka berada di sini," kata Smith yang pernah memegang watak Genie dalam filem Aladdin.

Artikel Berkaitan:

Baru-baru ini, penyanyi rap, DJ dan penerbit muzik terkenal, Lil Jon, 52, memeluk Islam pada minggu pertama Ramadan.

Lil Jon atau nama sebenarnya Jonathan H Smith rasa sangat terharu berita pengislamannya mendapat reaksi positif luar biasa daripada peminatnya. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!