Warga emas ditemukan mati di hentian bas

Seorang anggota polis dilihat memeriksa keadaan mangsa.
Seorang anggota polis dilihat memeriksa keadaan mangsa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Seorang warga emas ditemukan mati di atas sebuah bangku di Hentian Bas Majlis Perbandaran Kuala Terengganu petang semalam.

Mayat lelaki tanpa pengenalan diri dan dianggarkan berusia 60-an itu ditemui oleh seorang pemandu teksi kira-kira jam 6.30 petang.

Menurut saksi, Lazim Tereha, 68, dia pada mulanya rasa curiga dengan keadaan mangsa yang langsung tidak bergerak sejak petang semalam.

"Jarak saya dengan dia kira-kira 20 meter. Saya mendekatinya dan dapat lihat mulutnya berbuih. Saya kemudian segera telefon 999 untuk dapatkan bantuan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Difahamkan, mangsa dilihat berada di hentian bas itu sejak dua hari lalu dan dipercayai berasal dari Kelantan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Razmi Mohd Gunnos ketika dihubungi, mengesahkan kejadian.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini untuk dibedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!