Vit's lancarkan lagu raya 'Syukurnya Raya, Vit's kan ada'

Khadijah Ibrahim ketika menyampaikan lagu 'Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada' pada Khamis.
Khadijah Ibrahim ketika menyampaikan lagu 'Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada' pada Khamis.
A
A
A

SYARIKAT pengeluar makanan segera, Vit Makanan Kuala Lumpur Sdn Bhd (Vit’s) pada Khamis, melancarkan lagu dan muzik video raya yang bertajuk 'Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada' yang dinyanyikan oleh penyanyi legenda negara Datuk Khadijah Ibrahim.

Penghasilan muzik dan lagu ini mengambil masa sebulan bermula daripada penghasilan lirik oleh Baizura Tazri, penghasilan melodi oleh Syahir Miswan, sementara muzik digabungkan oleh Aliyas Zakaria manakala konsep muzik video oleh Hairul Asyraf.

Pengarah Eksekutifnya, YT Lai berkata, pada tahun ini syarikatnya membawakan sedikit kelainan dengan mencipta lagu raya, berbanding tahun sebelumnya, Vit's lebih memfokuskan kepada promosi seperti drama raya.

"Kami amat teruja dan menghargai usaha antara Vit's dan Datuk Khadijah, lagu ini membawa mesej kebersamaan rakyat Malaysia juga, iaitu bersama kita zahirkan sayangkan negara dengan mencintai produk tempatan," katanya kepada Sinar Harian selepas pelancaran lagu dan video berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel pada Khamis.

Lagu dan muzik video ini antara lain menampilkan suasana hari raya di zaman 1970-an serta transformasi ke zaman moden kini bersesuaian dengan perjalanan di sebalik jenama Vit's yang telah bermula sejak tahun 1975 lagi.

Lai memberi simbol bagus sempena pelancaran lagu dan muzik video raya yang bertajuk 'Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada' pada Khamis.
Lai memberi simbol bagus sempena pelancaran lagu dan muzik video raya yang bertajuk 'Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada' pada Khamis.

Dalam pada itu, Lai berkata, tahun ini syarikatnya juga membawa banyak kelainan dalam penghasilan produk yang lebih memikat selera.

Beliau yang juga dikenali sebagai 'noodlesman Malaysia' memaklumkan bahawa syarikatnya telah melancarkan mi segera terbaharu yang kini sudah berada di pasaran yang dikenali sebagai Pan Mee Segera.

Artikel Berkaitan:

"Tekstur mi yang lebih tebal dan kenyal, sesuai untuk kita seisi keluarga, anda perlu mencubanya dan dapatkanlah segera," katanya lagi.

Vit's merupakan jenama mi segera buatan tempatan yang sudah lama bertapak di Malaysia sejak 1975 lagi.

Ia juga merupakan pemegang sijil Halal Jakim semenjak 1980-an dan telah melebarkan sayap ke lebih 25 pasaran antarabangsa.

Untuk informasi lanjut tentang produk anda boleh lawati wwww.vitsnoodles.com.my

Lagu 'Syukurnya Raya, Vit's Kan Ada' kini boleh dilayari secara digital di semua platform portal muzik digital dan media sosial mulai hari ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!