Korea Selatan seri 1-1 bertemu Thailand aksi kelayakan Piala Dunia di Seoul
KOREA Selatan sekadar seri 1-1 dengan Thailand dalam aksi terkini kelayakan Piala Dunia di padang sendiri pada Khamis, lapor agensi berita Yonhap.
Kapten Korea Selatan, Son Heung Min menjaringkan gol pada minit ke-42 tetapi Suphanat Mueanta menyamakan kedudukan untuk Thailand pada minit ke-61 dalam aksi pusingan kedua Kumpulan C, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Piala Dunia Seoul.
Korea Selatan yang berada di ranking ke-22 dunia kekal di kedudukan teratas kumpulan dengan tujuh mata sementara Thailand di ranking ke-101 dunia kekal di tangga kedua dengan empat mata.
Kedua-dua pasukan akan bertemu lagi di Stadium Rajamangala, Bangkok pada Selasa.
Sepak mula pada jam 7.30 malam waktu tempatan atau 9.30 malam waktu Korea Selatan.
Ini merupakan perlawanan antarabangsa Korea Selatan di padang sendiri tahun ini dan juga perlawanan sulung mereka sejak tewas kepada Jordan 0-2 dalam separuh akhir Piala Asia AFC di Qatar, Februari lepas.
Korea Selatan beraksi dalam setiap Piala Dunia sejak 1986. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!