Bank Rakyat tingkatkan kesedaran menabung di Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024

A
A
A

No Image Caption

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kelab Nuri Bank Rakyat terus memperluaskan jaringan mereka dalam meningkatkan kesedaran menabung dalam kalangan kanak-kanak.

Terbaharu, mereka bekerjasama dengan Sinar Harian melalui Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bagi memberikan pendedahan tentang kepentingan menabung kepada pengunjung yang hadir.

Melalui kolaborasi ini, Kelab Nuri menganjurkan aktiviti mewarna bagi menggalakkan pembentukan kreativiti kanak-kanak, sebagai pengisian kepada mereka sebelum waktu berbuka puasa.

Lebih menarik, hadiah diberikan dalam bentuk barangan kepada kanak-kanak berusia bawah 12 tahun yang turut serta dalam aktiviti tersebut.

Aktiviti soal jawab juga disediakan kepada semua peringkat umur dan tiga pemenang menerima hadiah utama, manakala yang lain menerima token daripada Bank Rakyat.

Humaira Norudin (kiri) bersama tiga orang anaknya yang turut menyertai aktiviti mewarna yang dianjurkan Kelab Nuri Bank Rakyat di Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Kompleks Karangkraf pada Khamis. Pengunjung berpeluang bergambar dengan maskot Nuri yang turut hadir di Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Kompleks Karangkraf pada Khamis (kanan).

Program Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024 berlangsung dari 13 Mac hingga 5 April, menawarkan peluang unik kepada lebih 1,000 tetamu setiap hari untuk merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Artikel Berkaitan:

Pada program sama, Bank Rakyat mengedarkan sebanyak 500 pek juadah berbuka puasa dan 100 bubur lambuk kepada pengunjung yang hadir.

Agihan sebanyak 100 bubur lambuk diberikan kepada pengunjung oleh wakil Bank Rakyat kepada pengunjung Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Kompleks Karangkraf pada Khamis.
Agihan sebanyak 100 bubur lambuk diberikan kepada pengunjung oleh wakil Bank Rakyat kepada pengunjung Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Kompleks Karangkraf pada Khamis.

Pengunjung, Humaira Norudin, 33, berkata, aktiviti yang dianjurkan meningkatkan keyakinan diri anak-anaknya untuk bergaul dengan orang lain.

Ujarnya, anaknya yang berumur 11, 9 dan 8 tahun itu mengikuti aktiviti yang disediakan secara sukarela tanpa sebarang paksaan daripadanya.

Suasana dataran Kompleks Kumpulan Karangkraf sempena Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Kompleks Karangkraf pada Khamis.
Suasana dataran Kompleks Kumpulan Karangkraf sempena Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 di Kompleks Karangkraf pada Khamis.

“Anak-anak saya memang suka bergaul dengan orang baharu, mereka tak malu atau takut dengan orang.

“Saya sebagai ibu akan pantau mereka daripada jauh sahaja,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!