'Setiap hari berbuka puasa di sini'

Mohd Nurzulkarnain bersama keluarga hadir setiap hari sejak tahun lepas. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Nurzulkarnain bersama keluarga hadir setiap hari sejak tahun lepas. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

SHAH ALAM - Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengunjung untuk menikmati juadah berbuka puasa dengan lebih selesa.

Rata-rata pengunjung yang hadir berpuas hati dengan kemudahan seperti parkir, tempat duduk mencukupi, makanan dan minuman yang enak serta ruang solat yang disediakan pihak penganjur.

Bagi pembantu tadbir, Mohd Nurzulkarnain Abd Zarin, 42, dia dan keluarga hadir ke Kompleks Kumpulan Karangkraf setiap hari sejak tahun lalu kerana kediamannya terletak jauh dari tempat kerja.

Bekas kakitangan Kumpulan Karangkraf hadir untuk berbuka dan berjumpa rakan lama. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Bekas kakitangan Kumpulan Karangkraf hadir untuk berbuka dan berjumpa rakan lama. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Setiap hari saya datang dari tahun lepas lagi dan salah satu sebab ialah rumah jauh dari tempat kerja dan anak pula sekolah sesi petang. Nak balik ke Sungai Buloh memakan masa yang lama untuk sampai ditambah dengan keadaan trafik yang sesak.

“Jadi saya dan isteri mengambil keputusan untuk berbuka di sini kerana selesa dan lebih mudah.

“Kemudahan disediakan sangat lengkap seperti parkir kenderaan selain pelbagai jenis makanan serta minuman. Paling penting, konsep ala Madinah dapat dirasai sebab suasana meriah dengan kehadiran ramai orang,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Aktiviti tambahan seperti kuiz turut diadakan bagi memeriahkan lagi program iftar. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Aktiviti tambahan seperti kuiz turut diadakan bagi memeriahkan lagi program iftar. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Program Iftar Ala Madinah @Karangkraf 2024 bermula 13 Mac hingga 5 April terbuka kepada 1,000 tetamu sehari bagi memberi peluang kepada orang ramai merasai pengalaman berbuka puasa seperti di Masjid Nabawi, sekali gus mampu mengeratkan hubungan silaturahim sesama masyarakat.

Program tersebut akan bermula pada jam 6 petang setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad di Dataran Karangkraf, Seksyen 15, di sini.

Nurul Fatthin Abdul Khalim, 31, yang bekerja sendiri berkata, sepanjang tiga kali berkunjung ke program iftar berkenaan, dia sangat berpuas hati dengan persiapan yang dilakukan oleh penganjur.

Pengunjung menunjukkan kod QR kepada petugas sebagai bukti pendaftaran dan pengesahan kehadiran. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Pengunjung menunjukkan kod QR kepada petugas sebagai bukti pendaftaran dan pengesahan kehadiran. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

Ujarnya, kemudahan seperti ruang solat, tempat makan dan suasana yang sangat berbeza dari tempat lain memberi pengalaman baharu ketika berbuka puasa.

Bagi pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Wan Alia Najiha Wan Mahmud, 25, dia berasa teruja pertama kali berbuka puasa ala Madinah dan berharap program tersebut diteruskan lagi pada masa akan datang.

Kemudahan yang selesa disediakan pihak penganjur antara tarikan orang ramai hadir ke Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Kemudahan yang selesa disediakan pihak penganjur antara tarikan orang ramai hadir ke Iftar Ala Madinah@Karangkraf 2024. Foto Sinar Harian-MOHD HALIM ABDUL WAHID

“Saya dapat tahu daripada adik mengenai program berbuka ala Madinah ini, kami terus daftar dan hadirkan diri kerana berada jauh daripada keluarga. Jadi, dengan adanya program seperti ini ia dapat mengubat sedikit kerinduan terhadap keluarga di kampung.

“Saya sangat teruja dan harap akan ada lagi program berbuka seperti ini, seronok dapat berjumpa dengan ramai orang serta memberi pengalaman manis kepada anak perantauan macam kami,” katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!