Cabaran Zii Jia di Switzerland terhenti

Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi Jumaat.
Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi Jumaat.
A
A
A

PEMAIN perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengakhiri cabaran Kejuaraan Badminton Terbuka Switzerland apabila ditunjukkan jalan keluar dari Saint Jakobshalle, Basel pada awal pagi Jumaat.

Cabaran pemain nombor 10 dunia itu tersekat apabila tewas straight set kepada jagoan India, Srikanth Kidambi dalam perlawanan pusingan kedua tersebut.

Set pertama pemain kelahiran Alor Setar itu ternyata berdepan tekanan tonggak senior India berstatus nombor 27 dunia tersebut yang menyaksikan kekalahan 16-21.

Set kedua, Zii Jia cuba bangkit menyaingi Srikanth, namun beberapa kesilapan mudah selain kecederaan kaki semasa menang ke atas pemain Taiwan, Su Li Yang ternyata menjejaskan momentumnya menyaksikan ketewasan 15-21 dalam masa 36 minit.

Zii Jia mengesahkan kemaraan ke kejuaraan Super 300 itu selepas menewaskan Li Yang straight set 21-12 dalam 42 minit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!