Dedah rakaman sama seperti tunjuk hasil serbuan rumah Najib
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, apabila serbuan dibuat antaranya di apartmen Pavilion Residences di Kuala Lumpur pada 2018, banyak barangan milik Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yamg dirampas ditunjukkan kepada orang ramai.
"Samalah juga (dengan pendedahan rakaman), tiada beza... Kita tidak sembunyi pada orang ramai, sehingga sampai ada perbicaraan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang Kejohanan Regatta Antarabangsa Diraja Langkawi (RLIR) 2020 di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai tindakan Latheefa yang mendedahkan sembilan set rakaman perbualan yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi membabitkan Najib dan beberapa individu lain pada Rabu lalu.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini turut meminta agar Latheefa memberi penjelasan lanjut mengenai tindakannya itu kerana ia mengundang kritikan sesetengah pihak, termasuk rakyat.
Ditanya adakah pendedahan SPRM itu boleh dianggap sebagai tidak beretika, Dr Mahathir menjawab ringkas, "Apa yang tidak beretika itu?". - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!