Lima kertas siasatan kes liwat diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

MERSING - Polis mengesahkan kesemua lima kertas siasatan berhubung kes liwat membabitkan seorang pemimpin pemuda sebuah parti politik di daerah ini telah dimajukan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Superintenden Abdul Razak Abdullah Sani, suspek juga telah dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Khamis, setelah siasatan selesai dijalankan.

“Setakat ini jumlah laporan polis masih kekal dengan lima laporan melibatkan enam mangsa.

“Perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Isnin lalu tular laporan yang mendakwa seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Pada Selasa, Abdul Razak dilaporkan berkata, suspek lelaki warga tempatan berusia 30-an itu direman selama tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Beliau turut dilaporkan berkata, polis menerima dua laporan polis dibuat dua mangsa iaitu remaja lelaki warga tempatan berusia 15 tahun bagi membantu siasatan.

Difahamkan, setakat ini lima laporan sudah diterima polis berhubung kes liwat membabitkan membabitkan enam orang mangsa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!