Pemandu patah kaki van masuk parit

Anggota bomba melakukan operasi menyelamat mangsa tersepit selepas van dipandu terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran Giat Mara Tanjong Karang semalam.
Anggota bomba melakukan operasi menyelamat mangsa tersepit selepas van dipandu terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran Giat Mara Tanjong Karang semalam.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seorang pemandu van tersepit kira-kira 20 minit apabila kenderaan dipandunya itu terbabas dan masuk ke dalam parit berhampiran Giat Mara Tanjong Karang semalam.

Kejadian jam 4.55 petang itu mengakibatkan mangsa berusia 58 tahun cedera parah pada kaki kiri.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang, Penolong Penguasa Bomba Azmi Abbas berkata, enam pegawai dan anggota bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, anggota mendapati sebuah van terbabas dan masuk ke dalam parit, manakala pemandunya tersepit di bahagian kiri tempat duduk penumpang.

"Anggota bomba mengambil masa kira-kira 20 minit bagi mengeluarkan mangsa dan kemudian diserahkan pasukan perubatan untuk rawatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, operasi tamat sepenuhnya jam 6.10 petang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!