Bank Rakyat teruskan tradisi edar bubur lambuk

Mohammad Hanis bersama Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat menyediakan bubur lambuk di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.
Mohammad Hanis bersama Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat menyediakan bubur lambuk di Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A
A

BANK Rakyat meneruskan tradisi pengedaran bubur lambuk yang memasuki tahun ke-11 penganjurannya dengan mengagihkan lebih 20,000 pek bubur lambuk kepada komuniti setempat di 11 lokasi seluruh negara pada Ramadan tahun ini.

Bank Rakyat dalam satu kenyataan berkata, sempena ulang tahun Bank Rakyat yang ke-70 dan kempen Ramadan Raya ‘Tulus Ikhlas’ pada tahun ini, sebanyak 70 kawah digunakan untuk menyediakan bubur lambuk berbanding 20 kawah tahun lalu bagi membolehkan lebih ramai lagi dapat menikmati juadah simbolik bulan Ramadan itu.

“Program ini merupakan inisiatif yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat bagi mengimarahkan bulan Ramadan dengan aktiviti bermanfaat yang memupuk semangat muhibah selain merupakan inisiatif Jangkauan Komuniti Bank Rakyat untuk mendekati dan berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat,” jelas kenyataan itu.

Program memasak dan mengedar bubur lambuk tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pengarah bersama-sama Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohammad Hanis Osman di lokasi utama, Menara Kembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur pada Khamis.

Bubur lambuk itu diagihkan kepada orang ramai bermula jam 2.00 petang di sekitar kawasan Shah Alam (Selangor), Jalan Ipoh dan Bangsar (Kuala Lumpur), Alor Setar (Kedah), Kuala Terengganu (Terengganu), Kuantan (Pahang), Gopeng (Perak), Ayer Keroh (Melaka), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kota Sentosa (Sarawak).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!